Sunday 11 December 2011

Minda Kekayaan

Salam,

Saya doakan anda semua lebih sihat, bahagia, berjaya, kaya dan diberkati hari ini.
                Adakah anda sedar setiap orang kaya telah terlebih dahulu memprogramkan minda mereka untuk kaya. Setiap tindakan dan perkataan manusia adalah produk yang terhasil dari aktiviti minda mereka. Secara mudahnya kita akan memperoleh apa yang kita fikir dan fokuskan. Kebanyakan mereka yang belum memperoleh kekayaan kerana mereka mempunyai set minda belum kaya, bukan disebabkan oleh keterbatasan/kekurangan yang mereka ada. Keterbatasan itu biasanya dalam bentuk modal, pengalaman, ilmu, kesihatan, peralatan, usia, persekitaran dan bakat. Minda adalah satu anugerah istimewa dari Allah S.W.T untuk manusia menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Ia nya boleh mengatasi segala bentuk kekurangan fizikal . Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengawal minda kearah yang kita kehendaki. Insyallah dengan niat yang ikhlas untuk kebaikan pasti Allah S.W.T memakbulkannya. Semoga kekayaan kita itu dapat memberi manafaat kepada manusia lain. Set minda kita terhasil dari persekitaran kita, andai kita ingin menambah ilmu binalah rangkaian dengan bijak pandai/ulama. Jika kita inginkan kekayaan binalah perhubungan dengan mereka yang telah kaya dan berjaya. Untuk terus kekal berjaya sepanjang zaman kita perlu merubah set minda seiring dengan nya.

Contoh set minda manusia di Zaman Industri dan Zaman Informasi;

Minda Zaman Industri
Minda Zaman Informasi
Pekerjaan tetap, Kontrak perkerjaan
Ejen bebas, Syarikat-syarikat maya (internet)
Dibayar mengikut tempoh perkhidmatan
Dibayar untuk hasil yang diberikan
Satu kerja sahaja
Pelbagai cabang kerja
Bekerja sehingga 65
Bersara awal
8 pagi hingga 5 petang
Bekerja mengikut minat
Sekolah - Universiti
Seminar
Darjah dan kelayakan
Mengikut bakat
Pengetahuan lama
Idea-idea baru
Pelan persaraan Syarikat
Portfolio pilihan sendiri
Pelan persaraan Kerajaan
Tidak perlu
Kerajaan pelan perubatan
Tidak perlu
Kerja-kerja di syarikat
Bekerja di rumah

Pepatah ada menyebut;
“Perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama”
Tapi sebelum langkah pertama itu, pepatah itu sepatutnya berbunyi;
“Perjalanan beribu batu bermula dari perancangan dalam minda“

Hadis nabi;
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 
 “Jadikan wang bekerja untuk anda, bukan anda berkerja untuk wang."
Suka saya kongsikan klip video ini untuk mensyukuri nikmat kesempurnaan yang kita perolehi.
Binalah set minda kekayaan anda – semoga berjaya.

Tuesday 29 November 2011

Kekayaan satu proses organik

Adakah anda sedar mengapa skim cepat kaya selalu gagal?
Mengapa MLM tak boleh terus berkembang?
Mengapa bila mendapat durian runtuh (duit pencen, tanah diambil kerajaan, menang loteri, dll) habis dalam masa singkat?

Ini adalah kerana ianya di peroleh dengan segera tanpa melalui proses organik yang lengkap. Kekayaan tidak hadir dengan sendirinya ia terhasil dari:

Fikiran/Minda        – Kaya
Emosi                    – Kaya
Perkataan             – Kaya
Sikap                    – Kaya
Tabiat                   – Kaya
Keputusan            – Kaya

“Untuk mengenal erti kesabaran, selami dan fahami dunia tumbuh-tumbuhan”

“Kekayaan datang dari 20% mekanikal dan 80% fisiologi”

Mekanikal di sini bererti kaedah yang terangkum dari – Ilmu, Sistem dan Mentor. Manakala fisiologi adalah tindakan kita – Fikiran, Emosi, Ucapan, Perlakuan.

Pernah kah anda berjumpa dengan orang yang tahu bagaimana nak kaya dalam apa-apa perniagaan tapi tidak memulakan perniagaan tersebut.

Ibarat ilmu tanpa amal akan sia-sia.

Jadi kita perlu fokuskan fisiologi dan mekanik kita kepada kekayaan barulah ianya dapat di capai dan berkekalan Insyaallah.

Organik kekayaan ini dapat saya rumuskan sebagai HIT – Kaya.

Hasil/keputusan yang hendak dicapai – berapa jumlahnya
Impak/kesan kepada anda bila mencapainya
Tindakan bersepadu yang perlu dilakukan bagi mencapai kekayaan.

“Melakukan perkara yang sama dan mengharap hasil yang berbeza adalah mustahil”

Mulakan langkah anda;
  1. Tentukan hasil kekayaan yang anda inginkan
  2. Mengapa anda perlu mencapainya? Apa ruginya jika tidak mencapainya?
  3. Lakukan tindakan – mekanik dan fisiologi.

Sunday 30 October 2011

Aktifkan genetik KEKAYAAN anda

Kekayaan adalah milik semua – TERMASUK ANDA


Adakah anda setuju dengan kenyataan diatas?

“Anda akan dapat apa yang anda minta”

Allah SWT itu maha kaya untuk menunaikan segala hajat hambanya.

Adakah anda rasa kekayaan itu masih jauh dengan anda?

Adakah anda rasa telah lambat untuk kaya (cth: faktor usia)?

Percayalah anda masih ada harapan untuk memperolehi kekayaan,

Cuba kita lihat contoh mereka yang kaya dari pelbagai latar belakang;

1.       Berpendidikan tinggi                       - cth; Dr. Mahathir
2.       Berbakat                                        - cth; Dato Siti Nurhaliza, Mr Bean
3.       Kecantikan                                     - cth; Model, Pelakon
4.       Tak pandai membaca dan menulis   - cth; Lim Goh Tong (Genting)
5.       Tak cantik/cacat                             - cth; William Hung (Amarican Idol)
                                                                Mr. Lee Thiam Wah (99 Speedmart)
6.       Keturunan kaya                              - cth; Sultan Brunei, Queen Elizabeth
7.       Keturunan tak kaya                        - cth; Syed Mokhtar (MMC)
8.       Kaya di usia emas                          - cth; Colonel Sanders (KFC)
9.       Kaya di usia muda                          - cth; Irfan Khairi (jutawan internet)

Firman allah :
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Q.S. ar-Ra'd 13:11]
Sabda Nabi saw:

“Barangsiapa mengkehendaki kebahagian hidup di dunia maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa inginkan kebahagian hidup di akhirat maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa mengkehendaki kebahagian hidup di dunia dan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan.”

“Orang yg kaya sentiasa mencari PELUANG bukan ALASAN”

Jadi, yakinlah anda mempunyai genetik kekayaan yang perlu diaktifkan - KLIK gambar WANG di sebelah


Saturday 29 October 2011

Erti Kekayaan

Asalamualaikum,
Saya doakan anda yang membaca blog ini akan menjadi insan yang lebih kaya dan berjaya.
Ramai antara kita ingin menjadi kaya, adakah anda tahu apa itu erti sebenar kekayaan?
Apakah ukuran sebenar kekayaan pada anda? Rumah mewah? Kereta besar? Duit banyak?

Ada yang berpendapat kita kaya bila:

“Duit bekerja untuk kita bukan kita kerja untuk duit”
“Kita tak payah kerja, duduk rumah duit masuk”
“Tidak berhutang”
“Dapat membeli segala yang kita inginkan”
"Mempunyai wang simpanan yang banyak"

Saya percaya kekayaan mutlak itu adalah milik Allah SWT, jadi carilah redhanya untuk medapat kekayaan.

Jadilah insan yang memberi manfaat kepada umat manusia di muka bumi ini, pasti anda akan di limpahi rezeki yang barakah dan berterusan.